Friday, May 15, 2009

" ANTARA TIGA "

" April "


" Six Hours 26 Minutes 01 "

" Six Hours 26 Minutes 02 "

Dalam kerja kerja seni ramai orang istilahkan sbg perjuangan. Kenapa dan mengapa, setakat ni tak pula aku pernah dengar huraian tentang perkara tersebut. Faham faham sendiri. Pada aku pulak berjuang yg dapat aku maksudkan disini ialah tentang kesabaran untuk ketelitian...bukan kerja mudah utk menyiapkan sesuatu kerja seni...tp tak ramai org seni boleh ambik iktibar untuk pindahkan jiwa mereka pada kehidupan seharian...teliti seperti melukis jurai jurai rambut atau kedutan baju begitu. Ramai yg boleh bersabar dengan kerja seni begini..tp ramai juga yg tak dpt memindahkan kesabaran begitu dengan keadaan sekeliling...antara diri dan masyarakat...sedikit hal sahaja...melenting yang bukan bukan...tapi tak boleh nak salahkan apa apa tentang perkara begini...kerana manusia dah memang begitu...kalau tak...tak nampak seni nafsu itu bercerita antara keegoan dan kelemahan....masakan kita nak dapat pengajaran dan perbandingan dr semua tu andai yang baik saja yg nampak atau yg jahat saja yg jd tontonan. Kerana itulah setiap perkara ada dua utk diperbandingkan. Bila kedua duanya bercantum ...barulah iktibar itu menjadi tauladan....itulah perjuangan cara aku...kalau sekadar berjalan atas mukabumi ini dan melihat bermacam ragam drama dan cerita, tanpa ada kesimpulan dan pengajaran...alangkah ruginya aku....kerana itulah aku selalu yakinkan diri yg berjuang utk seni adalah untuk mencari kesempurnaan, yang akhirnya kesempurnaan yang kita cari itu balik kepada sesuatu yang maha sempurna. Kesitu jugak rupanya........

( Pencil Colour & Pastel Pencil 26/04/09)
Syed Nahar Syed Hamid Jamalullail

Tuesday, May 5, 2009

"MATAHARI, BULAN DAN AKU"

" Engkau Pergi "

" Engkau Pengganti "

" dan...Temanilah Aku Disini.."

Disini aku paparkan satu keadaan masa yg tak akan berulang...bila hari ini berakhir...maka esok takkan lagi sama walaupun keadaan dan tempat tdk berubah....andai aku kembali kesini esok...adakah matahari akan bercahaya lg dengan berjuta warna yang sama bagai hari ini.?..dan adakah bulan dan bintang datang serentak seolah olah berjanji, juga seperti hari ini?. Kalaupun sama, adakah air laut ini akan pasang rendah lagi utk aku menatap mereka lagi utk esok hari...?. Mungkin keadaannya sama tapi rasa telah pun berubah....perasaan tak pernah menipu..........


- Cherating 2006 -
SyNar 2009

" HIDUP DALAM CINTA "

Cinta.....Sejauh mana pengertiannya, setakat yang kita dengar hari ni bagaikan tak kesampaian. Sebenarnya memang begitu...cinta adalah rasa...bukan pernyataan....kalau begitu bagaimana nak keluarkan tafsiran tentangnya andai tidak dpt dizahirkan dengan perkataan? Ini juga bagaikan rahsia...hanya mereka yg dalam rasa cinta itu mengerti akan faham bagaimana ketika dilamun rasa itu. Bagi aku...cinta yg dlm gambaran aku ni bukan cinta cinta biasa antara hamba kpd hamba...tapi membatasi segala galanya....Awal kejadian lagi cinta telah pun ujud dan ditanam dlm hati hambanya...Bagaimana Adam yg kesunyian diberi cinta hawa yang pertama dan berpanjangan hingga hari ini...satu perkara yang berulang ulang hinggalah kesudahan nanti. Dari itu lahir lg anak cucu yg terus melahirkan cinta....berpanjangan hingga Muhammad...dan cintanya kali ini melebihi dr segala galanya...pada agamanya dan seluruh umat manusia...cinta yang melangkaui hingga langit ketujuh dan tembus kedasar lautan...masakan tidak kerana cinta ini segala isi alam memanjatkan doa dan selawat yg berpanjangan. Begitu sekali cintanya...namun cinta itu kalau dicari dtgnya dr ArRahman dan ArRahim juga pangkalnya . Andai tidak ditanam cinta kedalam hati aku dengan bakat yg diberi...masakan datang perasaan yg berterusan utk keluarkan rasa cinta aku ini diatas kertas dan canvas kosong utk org lain menilai. Begitu juga segala gala perbuatan yang ada disekeliling kita...andai tiada cinta utk seorang guru pd anak didiknya...mana mungkin lahir lagi beribu ribu pencinta yg berpecah kepada pelbagai lg bidang yg didalamnya ada cinta utk mereka...bagai saintis yg siang malam menghambakan cinta mereka utk kajian yg berterusan...tak ada lagi makna jemu...kerana apa..???? kerana cintalah mereka melakukan semuanya...bagai burung yg terbang pagi dan membawa pulang rezeki utk kesinambungan anak anaknya...itu jugakan cinta...bagai angin yg menerbangkan debunga utk kehidupan benih yg baru..itu jugakan cinta...air di lembah memberi kepada hidupan...bila kurang..diganti pula dr atas...awan awan yg tergantung diangkasa ...kan ke itu juga cinta namanya....lagi lagi matahari yang banyak berjasa....tanpa cahayanya...padamlah segala cinta yg ada hari ni....bukan kah besar makna cinta itu...kadang kadang aku senyum sendiri memikirkan...tanpa segala cinta dr apa yang aku simpulkan diatas ni..dimanalah kita lagi hendak kita bergantung harap...Betullah kata pujangga..Cintailah hanya pada yang Satu....falsafah aku tentang cinta agak berbeza namun, maksudnya juga adalah sama....Cintailah Cinta kerana didalam Cinta itu ada SESUATU yang menghamparkan CINTA didepan mata tanpa batas ruang dan masa......sedarkah aku selama ini bagaimana pengertian cinta itu sedang berbicara tanpa kata melainkan rasa yg merasa....Aduhai....siapalah aku yg mampu nak terjemahkan semua ni.......

( Arcrylic On Canvas 2008 )
Syed Nahar Jamalulail

Sunday, April 26, 2009

" ADA PADAKU DAN KAMU "

" Katalah Sesuatu "
( Pencil )

Aku ada sebab dan musabab tersendiri kenapa dan mengapa aku amat suka melukis portrait. Dr dulu...kalau memandang cermin, mata aku adalah satu tempat yg aku paling suka direnung dan dihayati. Cantik....terlalu cantik....maksudku disini penciptaan itu diluar jangka akal aku sendiri. Satu alat utk penglihatan..Ajaib...sains mengatakan 99 peratus mata adalah air, hanya 1 peratus darah, logiknya bagaimana air itu dpt mengeluarkan pandangan!!!. Tujuh lapisan bagai mewakili tujuh lapis bumi...besar betul rahsianya, kalau terbongkar, tiada perkataan rasanya nak diceritakan......

" Renunglah Aku "
( Pencil Colour / Sephia effect )

Aku perhati pula kelopak mata yang meliputi, dan kecepatan gerak tindakbalasnya buat aku tersenyum sendiri..terfikir jauh...tak mampu kalau manusia macam aku bertindak sepantas tu utk sesuatu perkara. Atasnya pula ada bulu mata yang tersusun rapi dengan dgn indah. Bagai bunga yg menghiasi halaman rumah. Yang lebih pelik, tak pula panjang mengurai sehingga tak terkawal. Begitu juga kening yang bagaikan tirai menghiasi disebelah atasnya, perfect.... 30 tahun hidup setakat nih tak pernah pula aku mengambil berat kerana ianya tak pernah menimbulkan masalah. Tak perlu dirapi bagai misai dan janggut sedangkan sifatnya seperti itu...fuh....memang canggih....


" Bisikan Sesuatu "
( Pencil )

Suara pula dtgnya dari mulut. Dua bibir bergerak untuk mengeluarkan kata kata....bagai pintu ajaib yang boleh dibuka dan ditutup sesuka hati. Terukir dengan indah sbg alat bantu untuk berkata kata. Sedangkan...didalamnya masih banyak tersimpan rahsia. Gusi untuk disusun gigi yang mengunyah, lidah yang membentuk bunyi dan kata kata serta rasa yang lazat lazat , sifat basah yang boleh digunakan apabila perlu..tak pula pernah pula kering setakat nih...fuhs..dasat...


" Nyatakan Padaku "
( Pencil Colour/Sephia Effect )

Bau pula bagai magnet yang menarik...dr jauh lg...hidung dapat memberitahu akal yang bauan yg dihidu bagaimana zahirnya. Bukan setakat menyedut udara bahkan ianya bagai hayat manusia. Tertutup dua lubang itu akan membawa kita ke satu lg lubang yang lain iaitu kubur....Begitu juga telinga yang bagai antena menerima gelombang. Bentuk yang berlekok lekok tapi masih indah dipandang. Yang sedikit pelik tak pernah pula serangga semudah itu untuk keluar masuk sesuka hati tapi mungkin kadang kadang ianya ada berlaku. Inilah yang aku sering perhati dan amati dgn apa yang aku buat skrg. Mulanya aku taksub dengan ciptaan aku sendiri dan aku cuba menceritakan tentang yg lain bahawa mereka juga ada sesuatu juga yang seperti aku ada sekarang ini. Tak susah untuk memahami.......asal...kita selalu menjadi pemerhati yang ingin memahami.....

Syed Nahar Jamalulail 2006

Wednesday, April 22, 2009

" TIADA BEZA "

' Alicia i ' ( Pastel Chalk )


' Alicia ii ' ( Pastel Chalk )

Gadis didalam lakaran portrait diatas adalah seorang gadis berbangsa cina yang amat peramah. Berbicara dengannya seolah olah kami telah lama kenal antara satu sama lain . Aku amat tertarik dengan cara bicaranya yang cukup sopan. Apa yang aku nak kongsi bersama disini, bangsa dan budaya bukanlah jadi penyebab sesiapa saja hilang kemanusiaannya selagi sikap saling hormat menghormati ditunjangi. Kadang kadang aku pelik....org kita sendiri yg bertunjangkan agama islam yang penuh dgn didikan yg baik tidak ada akhlak sebegini. Lagi lagi aku pelik sekiranya bangsa orang putih yg datang menyapa lebih baik cara dan sikapnya, seolah olah mereka yang lebih kenal makna akhlak itu sendiri. Jelaslah disini....bangsa bukanlah satu penyebab manusia itu miskin sikapnya selagi roh kemanusiaan itu ada di dalam diri. Bayangkan sebuah kotak bulat yang cantik dihadiahkan kepada aku oleh gadis yang bernama Alicia ni sebagai hadiah untuk aku. Terpinga dibuatnya....!! tapi katanya sebagai santapan untuk menyambut "Hari Raya AidilAdha". Ha! ha!...Aku sendiri hampir lupa. Sayu pula aku semasa merasa nikmatnya manisan kurma dan lain lain buahan dr tanah suci mekah tu kerana pemberian itu dtgnya dr seorang gadis cina yg mengerti dan memahami....mungkin itulah sesuatu itu menciptakan manusia berbilang bangsa agaknya.......

SyNar Jamalulail 2008

" AINOOR "

Bayangkan tanpa sebarang cahaya...gelap gelita...sesuatu objek tidak akan langsung dapat menampakan sebarang bentuk. Oleh kerana itu, cahaya adalah satu peranan yang amat besar dalam menghasilkan sekeping lukisan yang cantik....lukisan ni aku lukis hampir 10 tahun dulu. Tapi untuk memberi kesan cahaya sebegitu, bukan satu kerja mudah. Fikiran perlu fokus seperti kanta. Aku cuba mencari sekeping gambar yang memberi kesan pencahayaan yang begini untuk cuba mendapatkan satu hasil seperti lukisan 3D. Tapi setelah siap, ianya masih juga belum cukup memuaskan hati aku. Lama kelamaan..terfikir aku...mana mampu aku nak keluarkan hasil seperti sesuatu yang hidup ibarat roh didalam jasad...mana mungkin....cukuplah pengetahuan dan ilmu yg dah diberi nih...aduhai......lemahnya aku......

( Pencil 11"x15" )
SyNar 1998

Monday, April 20, 2009

" SILIH BERGANTI "

" Kau Datang "

" Kau Pergi "

" Untuk Hari Malamku "

Seorang pelukis seperti aku takkan terlepas dengan minat untuk merakamkan segala keindahan sekeliling untuk dijadikan panduan. Aku juga banyak belajar dr pengamatan sekeping gambar dan cuba memahami bagaimana cahaya memberi kesan kepada gambar. Begitu jugalah dengan sekeping lukisan yang cantik....pencahayaan cukup berperanan. Besar tanggungjawab matahari kalau nak dibandingkan dgn segala penciptaan yang lain. Dia bersinar bukan memancarkan api...tapi cahaya untuk terus memberi kehidupan. Sekadar berkongsi cerita...inilah pandangan aku tentang sesuatu yang mengatur segalanya ni tanpa ada walau sedikit kepincangan....perfect.......!!

SyNar Jamalullail 2006