Friday, April 3, 2009

" DUA INSAN "

Abah seorang yg tak banyak karenah... Ada perkara yang susah...dia akan cari jalan mudah, berhenti sejenak utk berfikir...buah fikiran yg bernas akan keluar dari mulut dia....aku banyak belajar kreativiti berfikir yg ada pada dia dengan menjadi pemerhati yg baik. Selepas alam pekerjaan....dia menjadi kawan yang akrab utk bercerita tentang apa saja.....tentang pengalaman dia... dan tentang pengalaman aku...Sekarang, hanya Al Fatihah dan Surah Yasin saja yg mampu aku sedekahkan sbg penghubung aku dan dia. Rahmatilah Ya Allah......

( Pencil Drawing 1999 )
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail

Mak juga tak banyak bezanya, luhur kasih sayang dia sama rata dgn semua anak anak...tak suka..dia berterus terang yg dia tak suka. Kalau perkara yang baik....kata kata semangat akan keluar dr mulut dia lagi lagi pedoman dan nasihat. Alhamdulillah...sekurang kurangnya tuhan telah panjangkan umur dgn kesihatan yg baik dan dia dah hilang penat lelah setelah kejayaan semua anak anak dah dilihat depan mata....Ya tuhan...berilah syurga utk kedua duanya.....

( Pencil Drawing 1999 )
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail

" AKU "

Yang ini aku sekarang....dr rambut pendek dah jadi panjang.....rasanya sama je kot....

( Shot Picture by Syam Asmawi 2008 )

" SELF PORTRAIT "

Lukisan nih aku buat masa tahun 1997....awal usia 20an....tapi ramai kawan kawan cakap muka aku tak banyak berubah...dari belasan tahun sampai sekarang...belek belek gambar lama...mungkin betul jugak apa yg dorang cakap tu....tapi dari dalam diri...aku telah pun banyak menjalani perubahan.....

( Pencil Drawing 1997 )
SyNar Jamalulail

Thursday, April 2, 2009

" AMPUN TUANKU "


"Tuanku said..." I recognised all these eyes here, 50 years with ten eyes "...kata aku...."That's what i want to show and shared......."

Shah Alam Gallery
SyNar Jamalulail April2009

" MENYUSURI PANDANGAN "


Sempena 50 tahun sambutan kemerdekaan Malaysia...Segala gambaran mata yang keluar diatas kanvas tu adalah mata 5 pemimpin Malaysia sepanjang 50 tahun kemerdekaan dan sinonim keris dengan perjuangan umat melayu....Tapi hari ni....03 April 2009 adalah sejarah utk lukisan ni kerana Dato Seri Najib bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yg baru..jd lukisan ni dah menjadi sebahagian dari sejarah.....

"Shah Alam Gallery"
(Arcrylic on Canvas)
Synar Jamalulail April2009

" BERKONGSI CERITA "


Kembali bercerita tentang kekuatan akar...segala kekuatan bermula disana....tapi Datin Seri Jean Abdullah lebih berminat tentang tunas yg mula berputik diatas tunggul kayu yg dah ditebang...katanya...."Look it that....u have the new life there"....kata aku...biasalah....." Patah Tumbuh Hilang Berganti "

"Dari Mata Turun Kehati' - Central Market Exhibition 2009 -
SyNar Jamalulail

" AKAR "( STRUGGLE)



Permulaan perkara yang seakan nampak mudah pada pandangan mata.... merebak akar dari satu benih tertanam...bagaimana menunjang terus kedalam bumi, merentas batu dan teras untuk mencari kehidupan yg lama mana...tak siapa pun dapat menyangka....bagai memperjudikan sesuatu yg tak pernah pasti...apa pun...hidup mesti terus demi utk pohon yg bakal mengeluarkan ranting...dan ranting mengeluarkan dahan...dan daun daun terus memberikan kehidupan untuk menghasilkan benih baru yang akan terus bertunjang.......

- Arcrylik on canvas-2008-
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail....