" Six Hours 26 Minutes 01 "
" Six Hours 26 Minutes 02 "
Dalam kerja kerja seni ramai orang istilahkan sbg perjuangan. Kenapa dan mengapa, setakat ni tak pula aku pernah dengar huraian tentang perkara tersebut. Faham faham sendiri. Pada aku pulak berjuang yg dapat aku maksudkan disini ialah tentang kesabaran untuk ketelitian...bukan kerja mudah utk menyiapkan sesuatu kerja seni...tp tak ramai org seni boleh ambik iktibar untuk pindahkan jiwa mereka pada kehidupan seharian...teliti seperti melukis jurai jurai rambut atau kedutan baju begitu. Ramai yg boleh bersabar dengan kerja seni begini..tp ramai juga yg tak dpt memindahkan kesabaran begitu dengan keadaan sekeliling...antara diri dan masyarakat...sedikit hal sahaja...melenting yang bukan bukan...tapi tak boleh nak salahkan apa apa tentang perkara begini...kerana manusia dah memang begitu...kalau tak...tak nampak seni nafsu itu bercerita antara keegoan dan kelemahan....masakan kita nak dapat pengajaran dan perbandingan dr semua tu andai yang baik saja yg nampak atau yg jahat saja yg jd tontonan. Kerana itulah setiap perkara ada dua utk diperbandingkan. Bila kedua duanya bercantum ...barulah iktibar itu menjadi tauladan....itulah perjuangan cara aku...kalau sekadar berjalan atas mukabumi ini dan melihat bermacam ragam drama dan cerita, tanpa ada kesimpulan dan pengajaran...alangkah ruginya aku....kerana itulah aku selalu yakinkan diri yg berjuang utk seni adalah untuk mencari kesempurnaan, yang akhirnya kesempurnaan yang kita cari itu balik kepada sesuatu yang maha sempurna. Kesitu jugak rupanya........
( Pencil Colour & Pastel Pencil 26/04/09)
Syed Nahar Syed Hamid Jamalullail
( Pencil Colour & Pastel Pencil 26/04/09)
Syed Nahar Syed Hamid Jamalullail