Sunday, April 26, 2009

" ADA PADAKU DAN KAMU "

" Katalah Sesuatu "
( Pencil )

Aku ada sebab dan musabab tersendiri kenapa dan mengapa aku amat suka melukis portrait. Dr dulu...kalau memandang cermin, mata aku adalah satu tempat yg aku paling suka direnung dan dihayati. Cantik....terlalu cantik....maksudku disini penciptaan itu diluar jangka akal aku sendiri. Satu alat utk penglihatan..Ajaib...sains mengatakan 99 peratus mata adalah air, hanya 1 peratus darah, logiknya bagaimana air itu dpt mengeluarkan pandangan!!!. Tujuh lapisan bagai mewakili tujuh lapis bumi...besar betul rahsianya, kalau terbongkar, tiada perkataan rasanya nak diceritakan......

" Renunglah Aku "
( Pencil Colour / Sephia effect )

Aku perhati pula kelopak mata yang meliputi, dan kecepatan gerak tindakbalasnya buat aku tersenyum sendiri..terfikir jauh...tak mampu kalau manusia macam aku bertindak sepantas tu utk sesuatu perkara. Atasnya pula ada bulu mata yang tersusun rapi dengan dgn indah. Bagai bunga yg menghiasi halaman rumah. Yang lebih pelik, tak pula panjang mengurai sehingga tak terkawal. Begitu juga kening yang bagaikan tirai menghiasi disebelah atasnya, perfect.... 30 tahun hidup setakat nih tak pernah pula aku mengambil berat kerana ianya tak pernah menimbulkan masalah. Tak perlu dirapi bagai misai dan janggut sedangkan sifatnya seperti itu...fuh....memang canggih....


" Bisikan Sesuatu "
( Pencil )

Suara pula dtgnya dari mulut. Dua bibir bergerak untuk mengeluarkan kata kata....bagai pintu ajaib yang boleh dibuka dan ditutup sesuka hati. Terukir dengan indah sbg alat bantu untuk berkata kata. Sedangkan...didalamnya masih banyak tersimpan rahsia. Gusi untuk disusun gigi yang mengunyah, lidah yang membentuk bunyi dan kata kata serta rasa yang lazat lazat , sifat basah yang boleh digunakan apabila perlu..tak pula pernah pula kering setakat nih...fuhs..dasat...


" Nyatakan Padaku "
( Pencil Colour/Sephia Effect )

Bau pula bagai magnet yang menarik...dr jauh lg...hidung dapat memberitahu akal yang bauan yg dihidu bagaimana zahirnya. Bukan setakat menyedut udara bahkan ianya bagai hayat manusia. Tertutup dua lubang itu akan membawa kita ke satu lg lubang yang lain iaitu kubur....Begitu juga telinga yang bagai antena menerima gelombang. Bentuk yang berlekok lekok tapi masih indah dipandang. Yang sedikit pelik tak pernah pula serangga semudah itu untuk keluar masuk sesuka hati tapi mungkin kadang kadang ianya ada berlaku. Inilah yang aku sering perhati dan amati dgn apa yang aku buat skrg. Mulanya aku taksub dengan ciptaan aku sendiri dan aku cuba menceritakan tentang yg lain bahawa mereka juga ada sesuatu juga yang seperti aku ada sekarang ini. Tak susah untuk memahami.......asal...kita selalu menjadi pemerhati yang ingin memahami.....

Syed Nahar Jamalulail 2006

Wednesday, April 22, 2009

" TIADA BEZA "

' Alicia i ' ( Pastel Chalk )


' Alicia ii ' ( Pastel Chalk )

Gadis didalam lakaran portrait diatas adalah seorang gadis berbangsa cina yang amat peramah. Berbicara dengannya seolah olah kami telah lama kenal antara satu sama lain . Aku amat tertarik dengan cara bicaranya yang cukup sopan. Apa yang aku nak kongsi bersama disini, bangsa dan budaya bukanlah jadi penyebab sesiapa saja hilang kemanusiaannya selagi sikap saling hormat menghormati ditunjangi. Kadang kadang aku pelik....org kita sendiri yg bertunjangkan agama islam yang penuh dgn didikan yg baik tidak ada akhlak sebegini. Lagi lagi aku pelik sekiranya bangsa orang putih yg datang menyapa lebih baik cara dan sikapnya, seolah olah mereka yang lebih kenal makna akhlak itu sendiri. Jelaslah disini....bangsa bukanlah satu penyebab manusia itu miskin sikapnya selagi roh kemanusiaan itu ada di dalam diri. Bayangkan sebuah kotak bulat yang cantik dihadiahkan kepada aku oleh gadis yang bernama Alicia ni sebagai hadiah untuk aku. Terpinga dibuatnya....!! tapi katanya sebagai santapan untuk menyambut "Hari Raya AidilAdha". Ha! ha!...Aku sendiri hampir lupa. Sayu pula aku semasa merasa nikmatnya manisan kurma dan lain lain buahan dr tanah suci mekah tu kerana pemberian itu dtgnya dr seorang gadis cina yg mengerti dan memahami....mungkin itulah sesuatu itu menciptakan manusia berbilang bangsa agaknya.......

SyNar Jamalulail 2008

" AINOOR "

Bayangkan tanpa sebarang cahaya...gelap gelita...sesuatu objek tidak akan langsung dapat menampakan sebarang bentuk. Oleh kerana itu, cahaya adalah satu peranan yang amat besar dalam menghasilkan sekeping lukisan yang cantik....lukisan ni aku lukis hampir 10 tahun dulu. Tapi untuk memberi kesan cahaya sebegitu, bukan satu kerja mudah. Fikiran perlu fokus seperti kanta. Aku cuba mencari sekeping gambar yang memberi kesan pencahayaan yang begini untuk cuba mendapatkan satu hasil seperti lukisan 3D. Tapi setelah siap, ianya masih juga belum cukup memuaskan hati aku. Lama kelamaan..terfikir aku...mana mampu aku nak keluarkan hasil seperti sesuatu yang hidup ibarat roh didalam jasad...mana mungkin....cukuplah pengetahuan dan ilmu yg dah diberi nih...aduhai......lemahnya aku......

( Pencil 11"x15" )
SyNar 1998

Monday, April 20, 2009

" SILIH BERGANTI "

" Kau Datang "

" Kau Pergi "

" Untuk Hari Malamku "

Seorang pelukis seperti aku takkan terlepas dengan minat untuk merakamkan segala keindahan sekeliling untuk dijadikan panduan. Aku juga banyak belajar dr pengamatan sekeping gambar dan cuba memahami bagaimana cahaya memberi kesan kepada gambar. Begitu jugalah dengan sekeping lukisan yang cantik....pencahayaan cukup berperanan. Besar tanggungjawab matahari kalau nak dibandingkan dgn segala penciptaan yang lain. Dia bersinar bukan memancarkan api...tapi cahaya untuk terus memberi kehidupan. Sekadar berkongsi cerita...inilah pandangan aku tentang sesuatu yang mengatur segalanya ni tanpa ada walau sedikit kepincangan....perfect.......!!

SyNar Jamalullail 2006

" LETS BEGIN IT "


Awal permulaan..... Bagaimana nak ditafsirkan tu....kalau kata awal...setitis mani bukan juga yg awal....aku nak tahu cerita sebelum tu lagi....Masa pengakuan awal ketika menerima watikah dialam azali....jauh juga tu nak patah balik...Tapi tak mustahil dgn ilmu....kata org....asal usul jgn sekali dilupakan..Bukan aku nak cari salasilah tentang bangsa...tapi aku cari bagaimana aku, masa aku mengaku, sujud dan berjanji dengan sesuatu yang aku sendiri kelam tentang skrip skrip yang bagaimana harus aku tempuh sepanjang bernafas. Masa nyawa dikandung badan nih la aku sedikit demi sedikit terjumpa rahsia itu..walau tak semua....aku semakin faham apabila aku mengamati perkara besar yang sedikit terbongkar. Rupanya sesuatu itu tak jauh dr aku.....dekat sgt...ibarat mata hitam dan mata putih.....terlalu dekat.......tapi mampukah aku sentuh walau sedekat ini sudahpun!!! Iskhhhh...Paham ke aku maksud lukisan ni.....???

( Arcrylic On Canvas 16'x16')
SyNar Jamalullail 2007

Thursday, April 16, 2009

" DAMAI DISANA "

Alam.....cukup luas untuk ditafsirkan satu persatu, mungkin langsung tidak. Seluas lautan andai menjadi warna tak termampu utk artist cam aku nak gambarkan perasaan segala keindahannya. Mungkin hanya sekelumit . Akan gagal atau langsung tidak ada kemampuan nak memegang berus sekalipun kalau difikir dr segi logik akal yg cetek...namun hati mungkin dpt menceritakan...tp tak mungkin pada org lain utk didengar....mungkin hanya utk diri sendiri....cukuplah sekadar taksub dan takjub dgn penciptaan yg tiada berpenghujung......pengetahuanku bagai langsung tak berfungsi....aduh...turunkan aku ilham.......

" Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan " ( Taha:114)

( Water Colour 2008 )
Synar Jamalullail

" BILA JARI MENARI "






Dalam masa kurang dari sepuluh saat, semua pergerakan diatas boleh dibuat dgn mudah. Satu lagi perkara pelik yang aku suka fikir ialah sesuatu tentang jari aku sendiri. Bergerak dgn fleksibel sekali dalam apa jua keadaan. Memegang, menggenggam, menarik dsbgnya lagi. Aku amat tertarik sekiranya berita mengatakan yang Jepun dan Eropah berjaya mencipta robot yang berfikir dan bergerak seperti manusia, bila diperhati dgn teliti....tak juga secanggih jari jemari yang ada pada aku ni. Sengaja aku terjemahkan diatas dlm bentuk lukisan tentang sedikit expressi tangan kiri aku, tak payah banyak kalau kita sentiasa menjadi pemerhati yg berakal. Sedikit pun sudah cukup utk menjadi banyak...kerana pengetahuan yg kita dapat, akan berkembang dan membiak. Terimalah kenyataan yang jari jemari yang lembut ini lah yang menjulang bangunan konkrit dan besi setinggi KLCC....

( Water Colour 2007-2008 )
SyNar Jamalullail