Thursday, April 16, 2009

" BILA JARI MENARI "






Dalam masa kurang dari sepuluh saat, semua pergerakan diatas boleh dibuat dgn mudah. Satu lagi perkara pelik yang aku suka fikir ialah sesuatu tentang jari aku sendiri. Bergerak dgn fleksibel sekali dalam apa jua keadaan. Memegang, menggenggam, menarik dsbgnya lagi. Aku amat tertarik sekiranya berita mengatakan yang Jepun dan Eropah berjaya mencipta robot yang berfikir dan bergerak seperti manusia, bila diperhati dgn teliti....tak juga secanggih jari jemari yang ada pada aku ni. Sengaja aku terjemahkan diatas dlm bentuk lukisan tentang sedikit expressi tangan kiri aku, tak payah banyak kalau kita sentiasa menjadi pemerhati yg berakal. Sedikit pun sudah cukup utk menjadi banyak...kerana pengetahuan yg kita dapat, akan berkembang dan membiak. Terimalah kenyataan yang jari jemari yang lembut ini lah yang menjulang bangunan konkrit dan besi setinggi KLCC....

( Water Colour 2007-2008 )
SyNar Jamalullail

No comments:

Post a Comment