Wednesday, April 22, 2009

" AINOOR "

Bayangkan tanpa sebarang cahaya...gelap gelita...sesuatu objek tidak akan langsung dapat menampakan sebarang bentuk. Oleh kerana itu, cahaya adalah satu peranan yang amat besar dalam menghasilkan sekeping lukisan yang cantik....lukisan ni aku lukis hampir 10 tahun dulu. Tapi untuk memberi kesan cahaya sebegitu, bukan satu kerja mudah. Fikiran perlu fokus seperti kanta. Aku cuba mencari sekeping gambar yang memberi kesan pencahayaan yang begini untuk cuba mendapatkan satu hasil seperti lukisan 3D. Tapi setelah siap, ianya masih juga belum cukup memuaskan hati aku. Lama kelamaan..terfikir aku...mana mampu aku nak keluarkan hasil seperti sesuatu yang hidup ibarat roh didalam jasad...mana mungkin....cukuplah pengetahuan dan ilmu yg dah diberi nih...aduhai......lemahnya aku......

( Pencil 11"x15" )
SyNar 1998

1 comment: