Sunday, April 26, 2009

" ADA PADAKU DAN KAMU "

" Katalah Sesuatu "
( Pencil )

Aku ada sebab dan musabab tersendiri kenapa dan mengapa aku amat suka melukis portrait. Dr dulu...kalau memandang cermin, mata aku adalah satu tempat yg aku paling suka direnung dan dihayati. Cantik....terlalu cantik....maksudku disini penciptaan itu diluar jangka akal aku sendiri. Satu alat utk penglihatan..Ajaib...sains mengatakan 99 peratus mata adalah air, hanya 1 peratus darah, logiknya bagaimana air itu dpt mengeluarkan pandangan!!!. Tujuh lapisan bagai mewakili tujuh lapis bumi...besar betul rahsianya, kalau terbongkar, tiada perkataan rasanya nak diceritakan......

" Renunglah Aku "
( Pencil Colour / Sephia effect )

Aku perhati pula kelopak mata yang meliputi, dan kecepatan gerak tindakbalasnya buat aku tersenyum sendiri..terfikir jauh...tak mampu kalau manusia macam aku bertindak sepantas tu utk sesuatu perkara. Atasnya pula ada bulu mata yang tersusun rapi dengan dgn indah. Bagai bunga yg menghiasi halaman rumah. Yang lebih pelik, tak pula panjang mengurai sehingga tak terkawal. Begitu juga kening yang bagaikan tirai menghiasi disebelah atasnya, perfect.... 30 tahun hidup setakat nih tak pernah pula aku mengambil berat kerana ianya tak pernah menimbulkan masalah. Tak perlu dirapi bagai misai dan janggut sedangkan sifatnya seperti itu...fuh....memang canggih....


" Bisikan Sesuatu "
( Pencil )

Suara pula dtgnya dari mulut. Dua bibir bergerak untuk mengeluarkan kata kata....bagai pintu ajaib yang boleh dibuka dan ditutup sesuka hati. Terukir dengan indah sbg alat bantu untuk berkata kata. Sedangkan...didalamnya masih banyak tersimpan rahsia. Gusi untuk disusun gigi yang mengunyah, lidah yang membentuk bunyi dan kata kata serta rasa yang lazat lazat , sifat basah yang boleh digunakan apabila perlu..tak pula pernah pula kering setakat nih...fuhs..dasat...


" Nyatakan Padaku "
( Pencil Colour/Sephia Effect )

Bau pula bagai magnet yang menarik...dr jauh lg...hidung dapat memberitahu akal yang bauan yg dihidu bagaimana zahirnya. Bukan setakat menyedut udara bahkan ianya bagai hayat manusia. Tertutup dua lubang itu akan membawa kita ke satu lg lubang yang lain iaitu kubur....Begitu juga telinga yang bagai antena menerima gelombang. Bentuk yang berlekok lekok tapi masih indah dipandang. Yang sedikit pelik tak pernah pula serangga semudah itu untuk keluar masuk sesuka hati tapi mungkin kadang kadang ianya ada berlaku. Inilah yang aku sering perhati dan amati dgn apa yang aku buat skrg. Mulanya aku taksub dengan ciptaan aku sendiri dan aku cuba menceritakan tentang yg lain bahawa mereka juga ada sesuatu juga yang seperti aku ada sekarang ini. Tak susah untuk memahami.......asal...kita selalu menjadi pemerhati yang ingin memahami.....

Syed Nahar Jamalulail 2006

Wednesday, April 22, 2009

" TIADA BEZA "

' Alicia i ' ( Pastel Chalk )


' Alicia ii ' ( Pastel Chalk )

Gadis didalam lakaran portrait diatas adalah seorang gadis berbangsa cina yang amat peramah. Berbicara dengannya seolah olah kami telah lama kenal antara satu sama lain . Aku amat tertarik dengan cara bicaranya yang cukup sopan. Apa yang aku nak kongsi bersama disini, bangsa dan budaya bukanlah jadi penyebab sesiapa saja hilang kemanusiaannya selagi sikap saling hormat menghormati ditunjangi. Kadang kadang aku pelik....org kita sendiri yg bertunjangkan agama islam yang penuh dgn didikan yg baik tidak ada akhlak sebegini. Lagi lagi aku pelik sekiranya bangsa orang putih yg datang menyapa lebih baik cara dan sikapnya, seolah olah mereka yang lebih kenal makna akhlak itu sendiri. Jelaslah disini....bangsa bukanlah satu penyebab manusia itu miskin sikapnya selagi roh kemanusiaan itu ada di dalam diri. Bayangkan sebuah kotak bulat yang cantik dihadiahkan kepada aku oleh gadis yang bernama Alicia ni sebagai hadiah untuk aku. Terpinga dibuatnya....!! tapi katanya sebagai santapan untuk menyambut "Hari Raya AidilAdha". Ha! ha!...Aku sendiri hampir lupa. Sayu pula aku semasa merasa nikmatnya manisan kurma dan lain lain buahan dr tanah suci mekah tu kerana pemberian itu dtgnya dr seorang gadis cina yg mengerti dan memahami....mungkin itulah sesuatu itu menciptakan manusia berbilang bangsa agaknya.......

SyNar Jamalulail 2008

" AINOOR "

Bayangkan tanpa sebarang cahaya...gelap gelita...sesuatu objek tidak akan langsung dapat menampakan sebarang bentuk. Oleh kerana itu, cahaya adalah satu peranan yang amat besar dalam menghasilkan sekeping lukisan yang cantik....lukisan ni aku lukis hampir 10 tahun dulu. Tapi untuk memberi kesan cahaya sebegitu, bukan satu kerja mudah. Fikiran perlu fokus seperti kanta. Aku cuba mencari sekeping gambar yang memberi kesan pencahayaan yang begini untuk cuba mendapatkan satu hasil seperti lukisan 3D. Tapi setelah siap, ianya masih juga belum cukup memuaskan hati aku. Lama kelamaan..terfikir aku...mana mampu aku nak keluarkan hasil seperti sesuatu yang hidup ibarat roh didalam jasad...mana mungkin....cukuplah pengetahuan dan ilmu yg dah diberi nih...aduhai......lemahnya aku......

( Pencil 11"x15" )
SyNar 1998

Monday, April 20, 2009

" SILIH BERGANTI "

" Kau Datang "

" Kau Pergi "

" Untuk Hari Malamku "

Seorang pelukis seperti aku takkan terlepas dengan minat untuk merakamkan segala keindahan sekeliling untuk dijadikan panduan. Aku juga banyak belajar dr pengamatan sekeping gambar dan cuba memahami bagaimana cahaya memberi kesan kepada gambar. Begitu jugalah dengan sekeping lukisan yang cantik....pencahayaan cukup berperanan. Besar tanggungjawab matahari kalau nak dibandingkan dgn segala penciptaan yang lain. Dia bersinar bukan memancarkan api...tapi cahaya untuk terus memberi kehidupan. Sekadar berkongsi cerita...inilah pandangan aku tentang sesuatu yang mengatur segalanya ni tanpa ada walau sedikit kepincangan....perfect.......!!

SyNar Jamalullail 2006

" LETS BEGIN IT "


Awal permulaan..... Bagaimana nak ditafsirkan tu....kalau kata awal...setitis mani bukan juga yg awal....aku nak tahu cerita sebelum tu lagi....Masa pengakuan awal ketika menerima watikah dialam azali....jauh juga tu nak patah balik...Tapi tak mustahil dgn ilmu....kata org....asal usul jgn sekali dilupakan..Bukan aku nak cari salasilah tentang bangsa...tapi aku cari bagaimana aku, masa aku mengaku, sujud dan berjanji dengan sesuatu yang aku sendiri kelam tentang skrip skrip yang bagaimana harus aku tempuh sepanjang bernafas. Masa nyawa dikandung badan nih la aku sedikit demi sedikit terjumpa rahsia itu..walau tak semua....aku semakin faham apabila aku mengamati perkara besar yang sedikit terbongkar. Rupanya sesuatu itu tak jauh dr aku.....dekat sgt...ibarat mata hitam dan mata putih.....terlalu dekat.......tapi mampukah aku sentuh walau sedekat ini sudahpun!!! Iskhhhh...Paham ke aku maksud lukisan ni.....???

( Arcrylic On Canvas 16'x16')
SyNar Jamalullail 2007

Thursday, April 16, 2009

" DAMAI DISANA "

Alam.....cukup luas untuk ditafsirkan satu persatu, mungkin langsung tidak. Seluas lautan andai menjadi warna tak termampu utk artist cam aku nak gambarkan perasaan segala keindahannya. Mungkin hanya sekelumit . Akan gagal atau langsung tidak ada kemampuan nak memegang berus sekalipun kalau difikir dr segi logik akal yg cetek...namun hati mungkin dpt menceritakan...tp tak mungkin pada org lain utk didengar....mungkin hanya utk diri sendiri....cukuplah sekadar taksub dan takjub dgn penciptaan yg tiada berpenghujung......pengetahuanku bagai langsung tak berfungsi....aduh...turunkan aku ilham.......

" Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan " ( Taha:114)

( Water Colour 2008 )
Synar Jamalullail

" BILA JARI MENARI "






Dalam masa kurang dari sepuluh saat, semua pergerakan diatas boleh dibuat dgn mudah. Satu lagi perkara pelik yang aku suka fikir ialah sesuatu tentang jari aku sendiri. Bergerak dgn fleksibel sekali dalam apa jua keadaan. Memegang, menggenggam, menarik dsbgnya lagi. Aku amat tertarik sekiranya berita mengatakan yang Jepun dan Eropah berjaya mencipta robot yang berfikir dan bergerak seperti manusia, bila diperhati dgn teliti....tak juga secanggih jari jemari yang ada pada aku ni. Sengaja aku terjemahkan diatas dlm bentuk lukisan tentang sedikit expressi tangan kiri aku, tak payah banyak kalau kita sentiasa menjadi pemerhati yg berakal. Sedikit pun sudah cukup utk menjadi banyak...kerana pengetahuan yg kita dapat, akan berkembang dan membiak. Terimalah kenyataan yang jari jemari yang lembut ini lah yang menjulang bangunan konkrit dan besi setinggi KLCC....

( Water Colour 2007-2008 )
SyNar Jamalullail

" WOOD PACKER "


Orang Inggeris membahasakan burung ni sebagai " wood packer ". Kalau dalam melayunya, diterjemahkan sbg 'pengetuk kayu'. Kan ke kelakar bunyinya.....tapi apa apa saja bahasa dan makna, itulah tanda yang alam haiwan ini juga telah menjadi perhatian sejagat. Masakan tidak kajian Orville dan Wilbur Wright dapat membongkar rahsia bagaimana kapal terbang pertama merentas diudara...nak tak nak kena terima kenyataan yang ilham itu adalah dr kajian tentang makhluk kecil yang tak berbahasa seperti kita ini utk menyatakan kelebihannya, melainkan akal manusia itu sendiri yang membongkar sedikit demi sedikit.....luas betul ilmu ni....mesti ada sesuatu......

( Water Colour 2008 )
SyNar Jamalulail

" TERBANG LAH "


Lagi tentang burung....aku pernah terpana seketika apabila dapat memegang seekor burung....dengan rupa dan sifat yang cukup indah, benar benar membuatkan aku kagum dgn penciptaan yg diluar jangkauan akal ini. Dengan sayap yang tersusun rapi, bagai tenunan songket di raja. Ekor yang mengemudi, tidak pula pernah tersalah arah, terbang menembus udara dgn kebebasan. Badan yg dilitupi dgn bulu yang sgt bersih seolah olah bagai dicuci setiap hari....ajaib sungguh....Aku gambarkan melalui sekeping lukisan kerana inilah cara aku cuba memahami mereka....

( Water Colour 2008 )
SyNar Jamallullail

Wednesday, April 15, 2009

" KAU KASIH...KAU SAYANG "

Lukisan "watercolour" memerlukan teknik yang betul untuk menghasilkan mood atau situasi yang kita nak keluarkan diatas kertas. Bukan sesuatu yg mudah. Sebenarnya lukisan nih belum siap sepenuhnya, tapi aku dah berhenti setakat ini saja sebab ianya hanyalah expressi aku yang ingin menunjukan perasaan tentang sepasang burung ni. Atas nama kasih dan sayang lah mereka sanggup berkongsi makanan secara harmoni tanpa ada iri dan hasad. Mampukah kita mengambil iktibar dr mereka???

" Dan tiadalah binatang binatang yang ada di muka bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat seperti kamu juga. Tiadalah Kami abaikan sesuatupun didalam Al Kitab, kemudian kepadaKu lah mereka dihimpun " (An'Am : 38)

( Water Colour 11'x15')
SyNar Jamalulail 2008

Tuesday, April 14, 2009

" NYANYIAN SERAMBI "


Satu Ikon perjuangan seni yang tak berkesudahan.... Abg Ramli masih lagi dalam segelintir hamba seni yg terus melontarkan suara untuk khalayak mendengar dan memahami bait bait lirik yg telah banyak membawa kearah kesedaran. Lagu lagu puisi yang didendangkan cukup memberi kesan yang mendalam....meremang jiwa. Terfikir aku sejenak... selama aku berkarya ini....memang aku telah jumpa satu rasa yang tak dpt aku nak ceritakan pada org lain dgn ayat ayat biasa supaya mereka memahami. Aku banyak berbisik dgn hati tentang apa yang aku dapat dr menterjemahkan lukisan aku diatas kertas atau kanvas. Mungkin Ramli Sarip yang kita kenal selama ini...lebih dulu terjumpa dengan semangat seni yang aku maksudkan disini......

( Pencil 11' x 15' )
Synar Jamalullail 1999

" AnEye AnEye "

Cikgu adalah satu gelaran yang akan dibawa sampai mati. Bayangkan...dr seorang guru telah melahirkan berapa ramai professional diluar sana.. yang dah jadi doktor, peguam, arkitek dsbgnya lagi. Tapi...cikgu tetap cikgu sampai bila bila. Portrait ni adalah seorang kawan yang baru memulakan kerjaya sebagai seorang guru pd tahun 2009 ni. Katanya...kerjaya guru memberi kegembiraan padanya. Sesetengah mengganggap....jd guru ini adalah satu pilihan terakhir utk bekerja...rasanya pemikiran begini tidak ada lagi sekarang kerana guru adalah satu kerjaya yang semakin mencabar dan menuntut kesabaran yang jitu untuk masa depan anak bangsa....

( Pencil Colour / Sephia effect )
SyNar Jamalullail 2009

" ANAK ANAK KITA "

Portrait ni dah lama aku lukis, lebih kurang dua tahun dah berlalu. Khas untuk kawan baik aku yg pernah keja sama sama di sebuah firma arkitek di KL nih. Bukannya jauh kalau dia nak dtg jumpa aku, tapi kehidupan di KL nih memang menyesakan dari segi masa dan tenaga. Bayangkan zaman anak anak kita nanti...bagaimana tuntutan masa untuk meneruskan hidup dalam suasana yang semakin terhimpit dengan keadaan yang semakin sesak. Orang Kuala Lumpur pergi bekerja macam berlari.....kalau naik motor terpaksa merempit celah celah "jam". Apapun....zaman yang maju, akal fikir manusia juga akan seiring dgn kemajuan....jd segala kesulitan...akan ada jalan keluar.....

( Pencil On Paper 11" x 15" )
SyNar Jamalulail 2007

Monday, April 13, 2009

" LET ME COOL "


Tak lama masa yang diambil untuk menyiapkan lukisan ni... lebih kurang dua hari saja, aku dah rasa cukup. Expressi aku tentang sejuk dan panas. Ceritanya masih berkisar tentang kehidupan, sbg manusia tak semestinya kita berfikir tentang kitaran hidup manusia itu sendiri saja. Alam sekeliling juga satu cerita yang best kalau kita sedia untuk memahami mereka. Sengaja aku create simple saja lukisan ni...apa saja perkara..sifatnya mesti berlawanan...Kalau tidak masakan kita dapat membezakan antara yg baik dan yg tidak...

( Arcrylic on canvas 4' x 3' )
Syed Nahar Jamalullail 2007

" RED INDIAN "

Tak banyak yang aku tahu tentang " Bangsa Red Indian " nih....tapi kalau tengok cerita lama macam 'High Cappare'l tau la sikit yg dorang nih tinggal di kawasan gurun di Amerika. Gambaran yang ada, macam bangsa mereka ni mempunyai ikatan puak yang kuat. Bagi aku rupa dan wajah mereka sangat unik sebab kedutan pada muka dorang bg aku cukup indah dan berseni. Lagi lagi ditambah dengan aksesori dan cara pakai budaya mereka yang amat menarik. So...aku terjemahkan keunikan mereka dengan cara aku disini...

" Tidaklah Aku jadikan kamu berpuak puak dan berbilang bangsa serta berbeza warna kulit...melainkan supaya kamu mengenal antara satu sama lain "

" THE LEADER "
( Pencil Colour / Sephia Effect 11' x 15')
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail 2008

Thursday, April 9, 2009

" LUAHAN RASA "

'Painting ini' adalah mukaddimah setelah aku kembali semula ke arena persilatan senilukis yang agak lama aku tinggalkan. "Comeback" aku kali ini adalah kerana kehendak itu begitu. Jiwa didalam yang sentiasa bergelojak, telah mengeluarkan segala perasaan "abstract" aku yg terpendam sekian lama... terpampang disana. Bukanlah aku tidak sayangkan dunia 'Architecture' yang dah sebati dengan diri aku, tapi SESUATU lah yang kembali membawa aku kesini kerana dah tertulis bahawa tanngungjawab aku sebagai hamba seni, takan luput begitu saja. Dengan keyakinan dan semangat baru, aku luahkan atas canvas yang maknanya tertafsir dengan tidak sengaja...cerita tentang warna warna kehidupan aku luahkan...akhirnya telah menjadi milik seseorang yg merasakan lukisan itu menyentuh jiwanya. Apa yang dia nampak , tanyalah pada dia....tapi cerita aku tak jauh bezanya dr kenyataan yang keluar dr benaknya. Tq Vince (Curator)...to believe my talented....and especially to SPUTNIK GALLERY.....Tq all

" STRUGGLE "
( Arcrylic on canvas 8' x 4' )
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail 2007

" FAST SKETCH "

Ini "expression" aku dalam masa lebih kurang 45 minit. Menggunakan medium charcoal diatas 'sugar paper'. Sekarang lukisan ni menjadi milik seorang "student fine art" dari UITM, Wanie. Dia juga berbakat dalam menghasilkan lukisan yang baik. Tapi sekarang...dia sudah bekerja sebagai pensyarah di bahagian seni graphic di sebuah IPTS di Pulau Pinang. Harap dia gembira dgn kerjayanya skrg...

" Noreen Aziz "
( Mixed media charcoal and white pastel )
16' x 20'
SyNar Jamalulail 2007

Wednesday, April 8, 2009

" IQRA' BISMIRABBI "


Lukisan ni adalah koleksi peribadi yang paling aku sayang....sebabnya...seluruh perasaan aku dah masuk kedalam kertas nih utk mengeluarkan jiwa pada hasil seperti yg ada sekarang. Aku mengambil masa yang cukup panjang utk menyiapkannya. Cuba merasa bagaimana untuk mencipta ruang dimensi diatas sekeping kertas. Tapi aku masih belum dpt seperti mana yang aku nakkan....masih banyak perkara yang mesti aku teroka utk membuka rahsia itu....berilah lagi aku masa.....

" Bacalah dengan nama Tuhan kamu...."
( Pencil on paper 2001 )
Syed Nahar Jamalulail

" WAJAH WAJAH MALAYSIA "

" Punjabi Girl 01 "
( Water Colour on Paper Board 16' x 20' )

" Punjabi Girl 02 "
( Pastel on paper 16' x 20' )

Untuk menyiapkan lukisan portrait menggunakan medium 'watercolour' bukan satu kerja mudah..berbeza sekali dengan medium pastel yang selalu digunakan. Tapi aku cuba juga siapkan dgn cara aku. Sekurang kurangnya, sedikit sebanyak teknik teknik yg baru dapat aku kesan dan rasa sendiri bagaimana utk mendapatkan 'scheme colour' utk kulit.... Dua wajah wanita punjabi ni adalah sebahagian dr kaum yg ada di Malaysia kita dan bukan dari luar negara......

Artist Collections 2007
SyNar Jamalulail

" DARI KERANA MATA "


Lukisan nih cuma "experiment" aku untuk menggambarkan keindahan wanita itu sendiri. Sekadar mata sahaja sudah cukup untuk menggambarkan makhluk tuhan ini mampu melemahkan seorang raja....meruntuhkan empayar sebuah negara....melutut arjuna menyembah mereka.....tidakkah begitu?

" Eyes Story "
Artist Collection
( Pastel on paper 11' x 15' )
SyNar Jamaluail 2007

" KENTAL "

Bayangkan dalam usia 80an, tetapi beliau masih gagah membawa semangat bersamanya utk terus berkerja. Kadang kadang aku sendiri pelik...ada juga manusia yg tuhan ciptakan dgn diberi roh atau semangat yg begitu kuat untuk melawan arus begini. Bayangkan kalau org biasa seperti kita...mampukah utk bertahan seperti yg beliau lakukan skrg??? Dalam usia 55 tahun beliau baru mula utk bekerja sbg PM Malaysia yg ke lima...kalau org biasa...pencen dah terbayang bayang...Apapun pandangan dan pendapat org tentang beliau, bg aku....bukanlah mudah untuk menjadi seorang Mahathir Mohamad yang kita kenal selama nih....

" Tun Mahathir Mohamad "
Artist Collection
( Pencil On Paper 11' x 15' )
SyNar Jamalulail 2003

" MANISNYA WAJAH "

Dia adalah seorang model sambilan di majalah DARA.COM. Tapi katanya.... dia lebih suka menjadi seorang pendidik. Impian dia adalah untuk membuka sebuah nursery utk mendampingi kanak kanak. Rasanya dia memang layak kerana wajah keibuannya terserlah ketika aku mula melakar dan cuba menghayati dr awal sampai akhir lukisan ni siap. Harap...impian dia akan tercapai....

" Sharifah Marina "
( Charcoal On Paper 16' x 20' )
Syed Nahar Jamalulail 2008

" SHE'S MY HERO "

Aku suka cerita sains fiksyen yg macam nih. Satu perkara yg baru telah di ketengahkan dalam cerita yg penuh dengan mistikal, sama ada perlu atau tidak berlaku didalam kehidupan yg sebenar itu adalah diluar kemampuan manusia itu sendiri. Bayangkan kalau benar benar diberi tuhan kebolehan seperti mereka...amankah dunia???.

" Hayden Panettiere "
( Pastel On Paper 16' x 20' )
SyNar Jamalulail 2007

Saturday, April 4, 2009

" FAIROSFAISA "

" LOVELY SMILE 01 "
( Pencil Colour Sephia Tone 2008 )

" LOVELY SMILE 02 "
( Pencil Colour 2008)

Tunggu dia main gitar sambil menyanyi......( She's are talkative girl...surely everybody feel comfort with that)

SyNar Jamalulail 2009

" MISSING IN ACTION "

" BLACK PRINCESS "
( Charcoal on board 2008 )

" BLUE PRINCESS "
( Pencil Colour on board 2008)

" BROWN PRINCESS "
( Pencil Colour on board 2008 )


Suka yang mana?..... ( Which one you choose ? )
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail

Friday, April 3, 2009

" AWAL PERMULAAN "

" SEPARUH NAFAS "

" SEPARUH NYAWA "


" SEPENUH JIWA "

Pencil Colour 2001
SyNar Jamalulail

" AKU DAN SESUATU "

Aku selalu merasai kesedaran yg amat sgt bila mendampingi alam. Tanpa campurtangan sesuatu, mana mungkin makhluk akan menikmati kehidupan yang terindah ini. Tak terfikir dek akal, ciptaan yg segalanya maha ini. Bagai laut dan pantai..bagai mlm dan siang...bersatu dengan indah.....

( Shot by Amer - Ranting Chalet - Cherating 2006)

" PAK SAMAD "

Dikalangan artis dan seniman yg berkarya di Central Market, nama ini memang tak asing lagi bagi aku. Dia adalah ikon seni yg sentiasa berdamping dikalangan orang biasa dan sentiasa menyuntik semangat jitu utk org seperti aku utk terus berkarya. Dalam usia yg menjangkau 72 tahun waktu ini (2007), Pelita Hati Gallery" telah terpanggil utk memberi penghormatan utk beliau...Ramai artis yg telah menjayakan pameran ini untuk seorang "Seniman Negara" yg bukan hanya berjuang utk diri sendiri tetapi utk segenap lapisan anak bangsa....perjuangan beliau sentiasa aku jadikan kekuatan utk terus menjadi sesuatu......

( Water Colour on paper 2007 - Pelita Hati Gallery)
SyNar Jamalulail

" DUA INSAN "

Abah seorang yg tak banyak karenah... Ada perkara yang susah...dia akan cari jalan mudah, berhenti sejenak utk berfikir...buah fikiran yg bernas akan keluar dari mulut dia....aku banyak belajar kreativiti berfikir yg ada pada dia dengan menjadi pemerhati yg baik. Selepas alam pekerjaan....dia menjadi kawan yang akrab utk bercerita tentang apa saja.....tentang pengalaman dia... dan tentang pengalaman aku...Sekarang, hanya Al Fatihah dan Surah Yasin saja yg mampu aku sedekahkan sbg penghubung aku dan dia. Rahmatilah Ya Allah......

( Pencil Drawing 1999 )
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail

Mak juga tak banyak bezanya, luhur kasih sayang dia sama rata dgn semua anak anak...tak suka..dia berterus terang yg dia tak suka. Kalau perkara yang baik....kata kata semangat akan keluar dr mulut dia lagi lagi pedoman dan nasihat. Alhamdulillah...sekurang kurangnya tuhan telah panjangkan umur dgn kesihatan yg baik dan dia dah hilang penat lelah setelah kejayaan semua anak anak dah dilihat depan mata....Ya tuhan...berilah syurga utk kedua duanya.....

( Pencil Drawing 1999 )
Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail

" AKU "

Yang ini aku sekarang....dr rambut pendek dah jadi panjang.....rasanya sama je kot....

( Shot Picture by Syam Asmawi 2008 )

" SELF PORTRAIT "

Lukisan nih aku buat masa tahun 1997....awal usia 20an....tapi ramai kawan kawan cakap muka aku tak banyak berubah...dari belasan tahun sampai sekarang...belek belek gambar lama...mungkin betul jugak apa yg dorang cakap tu....tapi dari dalam diri...aku telah pun banyak menjalani perubahan.....

( Pencil Drawing 1997 )
SyNar Jamalulail

Thursday, April 2, 2009

" AMPUN TUANKU "


"Tuanku said..." I recognised all these eyes here, 50 years with ten eyes "...kata aku...."That's what i want to show and shared......."

Shah Alam Gallery
SyNar Jamalulail April2009

" MENYUSURI PANDANGAN "


Sempena 50 tahun sambutan kemerdekaan Malaysia...Segala gambaran mata yang keluar diatas kanvas tu adalah mata 5 pemimpin Malaysia sepanjang 50 tahun kemerdekaan dan sinonim keris dengan perjuangan umat melayu....Tapi hari ni....03 April 2009 adalah sejarah utk lukisan ni kerana Dato Seri Najib bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yg baru..jd lukisan ni dah menjadi sebahagian dari sejarah.....

"Shah Alam Gallery"
(Arcrylic on Canvas)
Synar Jamalulail April2009